PERSEDIAAN MENDAKI KE MARAGANG HILL ( APA YANG PERLU )

Ingin mendaki? Tapi Belum Ada Pengalaman Mendaki?

Apa persediaan yang diperlukan untuk mendaki? atau apakah latihan khusus yang perlu sebelum mendaki?

dari mana saya perlu mula bagi melengkapkan persiapan sebelum mendaki?

Semestinya soalan-soalan ini biasanya akan bermain di minda kita, ketika kita mempunyai keinginan untuk melakukan Kegiatan Luar seperti mendaki atau rekreasi luar,

zaman sekarang mendaki gunung atau bukit menjadi salah satu dari Hobi pilihan di kalangan pencinta aktiviti lasak, memandangkan aktiviti lasak seperti mendaki gunung/bukit ini semakin popular di kalangan komuniti kita, maka dengan itu, timbul keinginan kita untuk turut menikmati keseronokan mendaki gunung/bukit..

jadi sebelum mendaki pastinya kita tertanya-tanya apakan persediaan sesuai yang kita perlukan sebelum mendaki, dengan itu mari sama-sama kita ikuti antara perkakas dan peralatan yang sesuai untuk mendaki khususnya Bukit Maragang hill, walau bagaimanapun pernyataan dalam Artikel ini tidak merangkumi keseluruhan persedian yang anda perlukan.. kerana, setiap tempat mempunyai cabaran yang berbeza dan tahap persediaan juga adalah berbeza…

 

sebelum kita mendaki sesuatu tempat, adalah di sarankan untuk kita mengetahui serba sedikit latar belakang sesebuah tempat tersebut, dan baru kita tumpukan pada persedian yang sesuai mengikut keadaan tempat tersebut, agar kita tidak membazir untuk berbelanja, seperti di maragang hill sendiri tahap persediaan asas pendakian suda memadai kerana maragang hill bukn sebuah bukit yang perlu menempuh perjalanan beribu batu untuk sampai ke destinasi, memadai dengan persedaan yang ringkas dan selesa untuk kinta bergerak pada permukaan hutan yang pelbagai..

persediaan pendakian Maragang hill:

  1. Pakaian yang sesuai (jaket tahan sejuk dan baju penyerap peluh)
  2. Kasut ( kasut getah atau kasut yang mempunyai tahap cengkaman yang baik dan mesra permukaan,)
  3. Beg (beg sekadar untuk anda menyimpan air atau makanan ringan)
  4. Tongkat
  5. baju hujan
  6. Air dan Makanan ringan
  7. lampu suluh (sekiranya anda mendaki waktu pagi) 

    Comments are closed

    © 2023. All rights reserved. Web Designed by Khaiz Empire