Slot Macam goreng pisang, Mendaki sebelum Ramadhan

Maragang hill, Mendaki sebelum Ramadhan

Terima kasih dan tahniah kepada anda yang suda berjaya menempah slot pendakian sebelum menjelangnya Ramadhan, mungkin buat kaum muslim di malaysia khususnya, Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana segala aktiviti-aktiviti lasak perlu di kurangkan, tetapi masih ada yang masih mencuba untuk mencabar diri melakukan aktiviti lasak walau pada bulan puasa.. Dan sebenarnya puasa bukan lah suatu alasan untuk tidak bersenam atau melakukan aktiviti luar seperti mendaki bukit, berjogging dan sebagainya.. Malah ia sebenarnya membantu kita untuk lebih bermotivasi dalam mengerjakan amal ibadah,

Walau bagai mana, admin melihat situasi sekarang amat berbeza dari sebelumnya.. Oleh kerana kita masih dalam tempoh PKPP, maka dengan itu pergerakan kita agak terbatas, dan begitu juga dengan kami sebagai pengusaha sector eko pelancongan, kami terpaksa membataskan jumlah kehadiran pendaki kerana berpandukan saranan kerajaan dalam tempoh PKPP,

Jadi, admin mohon maaf pada mereka-mereka yang terlepas untuk mendapatkan slot pendakian kami di maragang hill, yang ianya amat terhad untuk 80 orang sahaja satu masa bagi dua sesi pendakian, dari 80 orang itu ianya akan di bahagikan kepada 40 slot bagi pakej sunrise dan 40 slot bagi pakej day hike, dan situasi ini dapat dilihat pada ketika laman web kami mengalami sedikit gangguan, disebabkan Jumlah pengunjung yang Berlebihan..

Walau bagaimana… Mari kita sama berdoa agar Pendemik Covid 19 ini segera tamat, agar kita sama-sama dapat menikamti keadaan seperti sediakala..

Sekian dan salam damai dari kami pihak Maragang Hill, semoga pendakian anda bersama kami membawa pengalaman berharga….

Similar Posts