Cara-cara kiraan bayaran Mendaki Maragang

Hai, salam damai,

Terima kasih kerana sudi singgah Di laman ini, disini Admin Ingin berkongsi pada anda tentang Cara-cara mengira bayaran Untuk mendaki maragang hill, sebab ramai yang masih belum faham…

 

Di bawah ni admin sedia butiran apa yang anda akan bayar ketika mendaftar sebagai pendaki maragang hill..

 

  1. Yuran konservasi
  2. Jurupandu hutan (guide)
  3. Kenderaan (transport)
  4. Sijil ( Pilihan )

 

Pertama:

Yuran konservasi adalah yuran masuk yang akan di kira bagi setiap seorang pendaki

Contoh:

5 orang pendaki perlu membayar RM 10.00 setiap seorang dan jumlah keseluruhan adalah RM 50.00

 

Kedua:

jurupandu (guide)

Setiap seorang jurupandu hanya mampu membawa dari 1 hingga 5 orang pendaki dalam satu-satu masa, ini bermakna jika dalam kumpulan kamu melebihi dri 5 orang, seorang jurupandu tambah adalah di perlukan,

Sebagai contoh, jika anda mendaki seorang, anda perlu Membayar keseluruahan jumlah bayaran jurupandu, kenderaan dan yuran konservasi, menjadikan bayaran adakalanya agak membebankan.. Tetapi akan menjadi semakin ringgan sekiranya anda mendaki bersama-sama kumpulan

Bayaran bagi jurupandu hutan adalah:

Rm 70.00

 (Normal dayhike)

Rm 100.00

 ( Sunrise Normal Hike & dayhike looptrail ) 

Rm 120

 ( sunrise looptrail ) 

Rm 200 

( Camping )

Rm 80 

( porter camping )

 

Mengapa berbeza bayaran?

Ini kerana setiap pakej mempunyai cabaran yang berbeza-beza..

Sebagai contoh

Cabaran perjalanan pada waktu subuh bagi seperti pakej surise attack adalah lebih mencabar berbanding yang mendaki pada awal pagi, dan tugas untuk jurupandu adalah berat.. Kerana melibatkan pergerakan di waktu malam atau gelap…

“Di ibaratkan seperti perkhidmatan teksi yang menaikkan kadar tambang pada waktu tengah malam”

 

Ketiga: kenderaan ( transport )

Bagaimana kira-kira bagi transport pulak?

Bayaran bagi transport juga adalah berbeza bagi setiap pakej yg kita ambil iaitu:

Rm30 ( dayhike normal )

Rm40 ( sunrise normal )

Rm 50 ( dayhike & sunrise looptrail )

 

Dan harga ini yang di gunakan bagi pendaki dari 1 orang kepada 5 orang pendaki sahaja…

Jika melebihi dari 5 orang pendaki maka yuran transport secara Automatik akan dikira per seorang…

Sebagai contoh:

Jika dari 1 hingga 5 orang pendaki membayar Rm 30.00 bagi pakej dayhike Normal,

Maka jika Rm 30.00 ÷ 5 = Rm 6.00/orang

Jadi sekiranya dalam kumpulan anda ada 7 orang makanya ianya akan di kira seperti berikut:

Rm 6 x 7 orang = Rm 42.00

Rm 6 x 10 orang = Rm 60.00

Dan seterusnya

 

Jadi sekiranya dalam senarai pakej tertulis

Rm 110.00 itu bermakna caj untuk Satu orang.. Dan kalau di rujuk seperti apa yang telah di nyatakan di atas.. Bermakna setiap tambahan seorang dalam kumpulan anda, bayaran tambah yang meningkat Rm 10.00

Dan akan berbeza jika melebihi 5 orang,

Kenapa pulak?

Begini,

Dari 1 orang hingga 5 orang

Hanya seorang jurupandu di perlukan

Jadi pembahagian bayaran adalah berdasarkan jumlah jurupandu digunapakai…

Sebagai contoh:

Team anda ada 5 orang pakej sunrise Normal trail, jadi kiraan bayaran bagi setiap seorang adalah Rm 38.00/orang

38 x 5 = 190

Tiba-tiba anda tambah seorang

Menjadikan jumlah team anda ada 6 orang, maknanya anda perlu mengunakan 2 jurupandu, dan disini kira-kira bagi bayaran anda telah berbeza menjadi Rm 48.00/orang

48 x 6 = 288

Dan begitulah seterusnya,

 

Di harap anda boleh memahami bagajmana system kiraan Yuran pendakian Maragang Hill

 

Salam jumpa lagi di lain Artikel,

Sekian dan Terima kasih..

 

 

    Comments are closed

    © 2023. All rights reserved. Web Designed by Khaiz Empire