Terma Syarat

1. Tempahan Rasmi
– Semua tempahan wajib dibuat melalui laman web rasmi www.maraganghill.com.my.
– Tempahan melalui individu/pentadbir tidak akan dilayan.
– Tempahan tidak dibuat melalui laman web rasmi akan ditolak dan tidak akan dilayan.

2. Had Maksimum Peserta
– Maksimum 20 pendaki sahaja bagi setiap tempahan.
– Jika lebih 20 orang, sila buat tempahan baharu secara berasingan.

3. Maklumat Pendaki
– Nama & butiran pendaki mesti tepat & sama seperti pada hari pendakian.
– Pihak META berhak menolak peserta dengan maklumat tidak sepadan.
– Pertukaran pendaki baharu perlu buat pembayaran semula.

4. Deposit Tempahan
– Setiap tempahan dalam talian wajib dibayar penuhj.
– Wang tidak dikembalikan jika pihak anda membuat pembatalan.
– Tempahan baharu perlu dibuat jika anda membuat pertukaran tarikh.

5. Peraturan Tambahan
– Peraturan ini berkuat kuasa serta merta.
– Jika anda telah membuat tempahan awal dan menambah peserta melebihi had yang telah didaftarkan maka Persatuan Eko Pelancongan Mesilou (META) adalah berhak untuk menafikan atau menolak mana mana pendaki tambahan tersebut.
– Pihak META adalah berhak untuk membuat keputusan untuk membenarkan pendakian bagi pendaki tambahan tersebut dengan syarat di mana penambahan setiap pendaki akan dikenakan RM100 setiap pendaki.
– Sekiranya jumlah pendaki kurang daripada jumlah tempahan penempah perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan satu minggu sebelum tarikh pendakian tiba.
– Sekiranya jumlah pendaki yang kurang dari jumlah tempahan sebenar, pihak Agen Pelancongan atau individu yang membuat tempahan tersebut perlu membayar sepenuhnya seperti jumlah tempahan yang dibuat.
– Semua keputusan pihak META adalah muktamad dan akhir.
– Tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada mana-mana pihak, termasuk individu atau agen pelancongan yang gagal mematuhi atau melanggar peraturan yang telah ditetapkan tersebut. Pihak META akan membuat aduan rasmi kepada MOTAC atau mana-mana agensi yang berkaitan untuk tindakan susulan kepada Agen-agen pelancongan.

6. Undang-undang Kecil, Terma Syarat Terpakai
– Undang-undang pelancongan MOTAC terpakai. Sekiranya mana mana undang - undang dan terma dan syarat yang bercanggah, terma dan syarat META adalah diutamakan.
– Pihak META berhak mengubah atau menambah syarat dari semasa ke semasa tanpa notis.
– Pastikan anda mematuhi semua syarat ini untuk memastikan proses pendakian anda berjalan lancar.
Making the world a better place through constructing elegant hierarchies.
© 2024 Web Designed by Khaiz Empire. All rights reserved.
Making the world a better place through constructing elegant hierarchies.
© 2025 Web Designed by Khaiz Empire. All rights reserved.
Scroll to Top