SWINE HILL

SWINE HILL @ BUKIT BABI

Bukit Babi 2380m atau Swine Hill adalah khazanah tidak ternilai milik Taman-Taman Sabah. Selain daripada keindahan semula jadi yang memukau, kawasan ini juga merupakan habitat bagi spesies tumbuhan endemik Nepenthes X Rajah dan Nepenthes X Alisaputrana. Spesies ini hanya tumbuh pada ketinggian 1500-2650 meter dari paras laut dan di kawasan tanah jenis Ultramafik. Sebelum ini, tempat ini hanya dikunjungi oleh penyelidik tumbuhan liar dan ahli botani dari seluruh dunia. Pada tahun 2019, Taman-Taman Sabah dengan kerjasama META telah membuka tempat ini kepada umum.

KEPERLUAN UNTUK PENDAKI:

 

    1. Jumlah pendaki yang dibenarkan mendaki dihadkan kepada 20 orang sehari.
    2. Sebelum Permit Kebenaran dikeluarkan, pemohon mesti menghantar senarai nama pendaki/pelawat termasuk No. Kad Pengenalan, jantina, dan alamat untuk dihubungi kepada Penolong Pengarah, Taman Kinabalu sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh pendakian.
    3. Pakej yang ditawarkan hanya pendakian waktu SUNRISE pada pukul 1.30 pagi.
    4. Bayaran pendahuluan sebanyak RM100.00 untuk setiap tempahan (Wang pendahuluan tidak akan dikembalikan jika peserta membatalkan pendakian).
  1. Pendaki mesti ditemani oleh Malim Gunung atau penduduk kampung yang berpengalaman dengan laluan pendakian.
  2. Pendaki mesti diberi taklimat keselamatan dan peraturan Taman oleh Pengerusi Persatuan atau renjer gunung yang berpengalaman.
  3. Setiap pendaki mesti mengisi dan menandatangani Borang Akuan Pelepasan Tanggungan.
  4. Pelancong tidak dibenarkan bermalam atau menyalakan api di dalam Kawasan Taman.
  5. Pendaki dilarang melakukan sebarang tingkah laku atau tindakan yang tidak menghormati atau bertentangan dengan adat resam masyarakat setempat.
  6. Dilarang mengambil sebarang Flora dan Fauna atau mencalarkan/menconteng mana-mana objek di Kawasan Taman.
  7. Penggunaan dron di Bukit Babi tidak dibenarkan oleh Taman Sabah. Jika didapati menggunakan dron tanpa kebenaran, akan dikenakan denda sebanyak RM500.
  8. Malim gunung dan pendaki mesti memastikan semua sampah dibawa keluar dari kawasan taman.
  9. Setiap pendaki diwajibkan membayar yuran pemuliharaan sebanyak RM10.00 seorang (Dewasa), RM5.00 (bawah 14 tahun) untuk warganegara Malaysia, dan RM50.00 seorang (Dewasa), RM25.00 (bawah 17 tahun) untuk bukan warganegara Malaysia. Pembayaran mesti dibuat di mana-mana Stesen Taman terdekat sebelum Permit Kebenaran dikeluarkan.
  10. Jika berlaku sebarang kemalangan melibatkan pendaki, malim gunung, atau pemohon permit, mereka mesti segera memaklumkan kepada Penolong Pengarah, Taman Kinabalu atau Pejabat Taman Kinabalu melalui 088-888672/088-889888.
  11. Taman Sabah tidak bertanggungjawab atas sebarang kejadian seperti kehilangan harta benda, kemalangan, dan kematian kepada mana-mana ahli kumpulan semasa berada di Kawasan Taman.
  12. Semua pendaki dan pemohon permit tertakluk kepada Enakmen Taman 1984 pindaan 2007 dan Peraturan Taman yang sedang berkuat kuasa.
  13. Permit kebenaran ini hanya terpakai untuk tujuan rekreasi sahaja. Aktiviti pendakian atau larian/maraton di dalam Kawasan Taman tidak dibenarkan.
  14. Kegagalan pihak persatuan mematuhi syarat kebenaran ini akan menyebabkan permit untuk Bukit Babi ditarik balik.

SWINE HILL

(Hanya Sunrise) 6 - 8 Jam
0130 - Pendaftaran di Pejabat META
0200 - Bertolak ke titik permulaan
0300 - Tiba di titik permulaan dan taklimat keselamatan oleh malim
0315 - Mula mendaki
0530 - Sampai di puncak Bukit Babi
0700 - Turun dari puncak
1000 - Kembali ke pejabat META
(Masa adalah bergantung kepada kemampuan dan permintaan pendaki)

Pengangkutan

  • Kenderaan Dari Pejabat Meta Kg Mesilou Ke Starting Point Dan Pendaki Akan Diambil Semula Selepas Selesai Pendakian.

  • Kenderaan Pendaki Boleh Diparkir Di Kawasan Pendaftaran.

  • Kenderaan Pendaki Tidak Disarankan Dibawa Ke Starting Point Atas Sebab Keselamatan.

  • Keperluan Yang Perlu Dibawa

Tab Content

This is a basic text element.

Keperluan Yang Perlu Dibawa

Pakaian Yang Sesuai & Selesa
Makanan & Air Yang Cukup
Baju Hujan
Tongkat/Working Stick Jika Perlu
Ubat-Ubatan Jika Mempunyai Masalah Kesihatan

Pakej Maragang Hill

SWINE HILL

Making the world a better place through constructing elegant hierarchies.
© 2024 Web Designed by Khaiz Empire. All rights reserved.
Scroll to Top