 SUNRISE Normal Trail – 3AM
SUNRISE Normal Trail – 3AMSUNRISE Normal Trail – 3AM
RM200.00
SYARAT DAN PERATURAN PENDAKIAN MARAGANG HILL DIKEMASKINI
1. Saluran Tempahan
1.1 Semua tempahan mesti dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi:
1.2 Tempahan yang tidak dibuat melalui laman web rasmi akan ditolak dan tidak akan dilayan.
1.3 Tempahan yang dibuat secara langsung kepada pentadbir atau individu dalam
persatuan tidak akan dilayan.
2. Had Maksimum Peserta
2.1 Setiap Satu tempahan hanya dihadkan kepada maksimum 20 orang pendaki.
2.2 Jika jumlah pendaki melebihi 20 orang, anda perlu membuat tempahan baharu untuk penambahan secara berasingan.
3. Maklumat Tempahan
3.1 Maklumat yang anda berikan semasa tempahan seperti nama ,alamat,nombor telefon tarikh, jenis pakej, butiran dan bilangan pendaki, mestilah tepat dan sepadan dengan nama dan keadaan pendaki sebenar pada hari pendakian.
3.2 Pihak META adalah berhak untuk melarang atau menolak sebarang pendaki nama yang tidak serupa dengan nama yang telah didaftarkan terdahulu.
3.3Setiap pendaki baru yang ditukar atau mengubah butiran pendaki perlu membuat pembayaran semula.
4. Tempahan
4.1 Setiap tempahan dalam talian wajib dibayar penuh.
4.2 Wang tidak akan dikembalikan jika pihak anda membatalkan pendakian.
4.3 Tempahan Baharu perlu dibuat jika anda membuat pertukaran tarikh.
5. Pelaksanaan Peraturan Baharu
5.1 Peraturan ini berkuat kuasa serta merta.
5.2 Jika anda telah membuat tempahan awal dan menambah peserta melebihi had yang telah didaftarkan maka Persatuan Eko Pelancongan Mesilou (META) adalah berhak untuk menafikan atau menolak mana mana pendaki tambahan tersebut.
4.3 Pihak META adalah berhak untuk membuat keputusan untuk membenarkan pendakian bagi pendaki tambahan tersebut dengan syarat di mana penambahan setiap pendaki akan dikenakan RM100 setiap pendaki.
4.4 Sekiranya jumlah pendaki kurang daripada jumlah tempahan penempah perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan satu minggu sebelum tarikh pendakian tiba.
4.5 Sekiranya jumlah pendaki yang kurang dari jumlah tempahan sebenar, pihak Agen Pelancongan atau individu yang membuat tempahan tersebut perlu membayar sepenuhnya seperti jumlah tempahan yang dibuat.
4.6 Segala keputusan Pihak META adalah muktamad dan akhir.
4.7 Tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada mana-mana pihak, termasuk individu atau agen pelancongan yang gagal mematuhi atau melanggar peraturan yang telah ditetapkan tersebut. Pihak META akan membuat aduan rasmi kepada MOTAC atau mana-mana agensi yang berkaitan untuk tindakan susulan kepada Agen-agen pelancongan.
6. Undang – undang kecil, terma dan syarat terpakai
6.1Undang undang kecil perlancongan MOTAC adalah terpakai. Sekiranya mana mana undang – undang dan terma dan syarat yang bercanggah, terma dan syarat META adalah diutamakan.
6.2 Pihak META adalah berhak untuk mengubah, memperbaiki, menambahkan, membuang apa apa terma dan syarat tanpa rujukan atau notis kepada mana mana pihak secara bertulis atau sebaliknya dari masa ke semasa.
6.3 Pastikan anda mematuhi semua syarat ini untuk memastikan proses pendakian anda berjalan lancar.



