Cara Membuat Tempahan

Berikut adalah panduan cara-cara membuat tempahan melalui website kami,

Langkah 1.

Layari website kami di  https://maraganghill.com.my

Langkah 2.

Melalui laman utama Kami, scroll pada  bahagian bawah page dan anda akan melihat dua pakej yang telah di sediakan,

Langkah 3.

Pilih salah satu pakej yang anda ingin tempah, dan akan akan di bawa ke bahagian tempahan seperti gambar di bawah:

pada bahagian ini anda akan dapat melihat satu bahagian yang mempunyai kalendar, di sini anda boleh mengisi jumlah pendaki pada ruangan “person” pada jumlah tertentu,

sebagai contoh, dalam gambar tersebut admin telah sediakan jumlah pendaki adalah 10 orang,

selepas anda memasukan jumlah pendaki, anda harus klik pada tarikh yang anda inginkan, seperti contoh admin memilih untuk mendaki pada tarikh 16hb 12 2021,  selepas pilihan tarikh dibuat , harga keseluruhan akan terpapar pada bahagian bawah kalendar sebagai rujukan bayaran pendakian anda kelak, dan anda boleh terus klik butang “BOOK NOW

Apabila anda berpuas hati dengan jumlah pendaki dan tarikh anda boleh teruskan pada langkah seterusnya..

Langkah 4.

Pembayaran deposit RM50 perlu dilakukan untuk mengesahkan tempahan dan pembayaran boleh dilakukan secara atas talian dan masukkan butiran-butiran tempahan.