Bersedia menongkah Kabus di perbukitan bukit Maragang?

Ini yang perlu anda tahu..

 

2232m a.s.l berdiri di samping Sang kinabalu

Bukit maragang Kini telah beroperasi hampir 3 tahun sejak ianya di buka pada tahun 2017, berdiri pada ketinggian 2232, bukit maragang Di ambil bersempena dengan spesis Lutong Merah (presbytis rubicunda) yang mendiami persekitarannya,

Pastinya Ramai Yang tertunggu-tunggu akan Kembalinya Maragang Beroperasi, selepas setahun berdepan dengan pendemik Wabak Covid – 19, dan Maragang Hill Sendiri Telah Mempunyai Pengalaman dalam Menghadapi situasi getir dalam menghadapi cabaran Pandemik Covid-19, menyelurusi kisah Pahit manis Pusat eko-Pelancongan Mesilou yang Mengalami Kesan Akibat pandemik ini,

Walau Bagaimana pun dalam tempoh Pandemik, Pihak kami sentiasa Bergerak dan berkerja untuk menambahbaik setiap aspek-aspek yang perlu dimana ianya melibatkan Keselamatan dan kemudahan Pendaki-pendaki Yang bakal berkunjung kelak, beberapa siri perubahan yang telah kami lakukan seperti membina kemudahan ibadah dan Kemudahan Tandas yang Lebih selesa, juga meliputi aspek keselamatan, kami

 

telah menyiapkan beberapa kemudahan seperti tangga kayu dan jambatan demi menitik beratkan soal keselamatan pendaki kami kelak,

Sehubungan dengan itu kami di Maragang Hill Di bawa selian Persatuan META (Mesilou Eco Tourism Associations) amat berharap agar setiap apa yang telah kami usahakan Dapat memberi keselesaan kepada anda untuk terus mendaki bersama kami, kerana matlamat kami untuk kesejahteraan Komuniti dalam masa yang sama kesejahteraan khazanah Alam turut sama terpelihara…

Walau bagaimana pun ianya tidak akan berakhir disini, kerana masih banyak lagi rancangan pembinaan di masa akan datang, dan semua rancangan Ini tidak akan dapat di realisikan Tanpa sokongkan Dari anda,

Terima kasih Kerana terus menyokong eko pelancongan Kami Di Sini Kg. Mesilou, tanpa anda, segala apa yang ada di Maragang hill sekarang Tidak akan dapat di capai….

 

Similar Posts