ketika hendak hiking, para pendaki perlu memastikan diri ada membawa beberapa barang keselamatan seperti dalam senarai di bawah:

sumber: https://sg.trip.com/moments/detail/kundasang-1453729-14710330/

1. POWERBANK

Telefon bimbit tentutnya alat komunikasi yang paling penting pada masa kini. Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa powerbank juga termasuk dalam senarai barangan keselamatan ketika hiking yang amat penting.

Hal ini kerana para pendaki perlu memastikan telefon sentiasa dicas penuh sebelum hiking dan membawa powerbank sebagai langkah berjaga-jaga.

2. TOPI DAN KACA MATA HITAM

Topi sangat penting dipakai untuk melindungi pendaki dari sinaran cahaya matahari terutamanya jika hiking di tempat yang kurang tempat terlindung seperti pokok. Kaca mata hitam pula hanyalah optional sahaja tetapi lebih baik dipakai untuk melindungi mata anda.

3. UBAT-UBATAN PERIBADI

Sekiranya pendaki mempunyai masalah kesihatan, amatlah disarankan untuk membawa bersama ubat-ubatan dan alat bantuan sendiri untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. Sila pastikan anda mengetahui sebarang penyakit yang anda hidapi sebelum memulakan aktiviti hiking. Jika anda menghidap penyakit seperti masalah jantung, anda digalakkan untuk tidak meneruskan rancangan untuk hiking.

Pastikan tubuh badan anda sihat 100% dan mendapat rehat yang mencukupi.

4. PETI PERTOLONGAN KECEMASAN

Jika anda berniat untuk hiking di tempat yang tinggi dan mempunyai laluan yang sukar, anda dinasihatkan untuk membawa peti pertolongan kecemasan bersama.

Hal ini kerana kita tidak pasti keselamatan terjamin walaupun sudah sehabis baik mengelak berlakunya kemalangan semasa aktiviti pendakian. Antara alat yang disediakan di dalam peti kecemasan tersebut ialah pembalut luka, plaster, antiseptik, gunting dan banyak lagi.

5. ALAT NAVIGASI

Alat navigasi seperti GPS dan peta juga penting untuk mengelak anda sesat ketika hiking. Walaupun alat ini sudah tersedia secara digital di dalam telefon pintar, tetapi anda digalakkan untuk membawa alat fizikal sekiranya telefon pintar anda tidak dapat digunakan.

Aktiviti hiking ini tentunya aktiviti yang sihat dan banyak memberikan manfaat terhadap tubuh badan kita. Namun begitu, kita perlu mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan diri sendiri atau pun ahli lain ketika hiking dengan menyediakan barang-barang keselamatan seperti yang disenaraikan di atas.

Baca juga: Kelebihan Hiking

© 2023. All rights reserved. Web Designed by Khaiz Empire