Kundasang merupakan sebuah pekan di negeri Sabah yang kaya dengan keindahan alam semula jadi. Hal ini menjadikan Kundasang sebagai salah satu destinasi percutian terbaik di Sabah. Terletak sejauh 93.7km dari bandaraya Kota Kinabalu, pekan Kundasang menawarkan banyak aktiviti menarik untuk dilakukan oleh pengunjung.
Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan di Kundasang:
Sumber: https://thesmartlocal.my/sabah-hiking-trails/
Hiking di Kundasang adalah aktiviti yang sangat popular kerana kawasan ini menawarkan banyak laluan yang indah dengan pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan. Salah satu tempat menarik untuk hiking di Kundasang ialah Bukit Maragang atau Maragang Hill.
Sebelum memulakan pendakian, pastikan untuk memeriksa keadaan cuaca dan mendapatkan nasihat tempatan tentang trek yang terbaik untuk peringkat pengalaman anda. Selain itu, pastikan anda membawa peralatan dan persediaan yang mencukupi untuk menjaga keselamatan anda semasa hiking.
Sumber: https://salamisimon1.blogspot.com/2020/09/borong-sayuran-di-pekan-kundasang.html
Sumber: https://kundasang.my/gerai-sayur-buah-buahan-kundasang/
Membeli bunga dan sayur segar di Kundasang adalah aktiviti yang sangat popular kerana kawasan ini terkenal dengan produk pertanian yang berkualiti tinggi. Pada kebiasaannya, pengunjung sering pergi ke Pasar Kundasang di mana pelbagai jenis sayur-sayuran seperti kubis, wortel, dan sayur-sayuran hijau segar boleh dijumpai.
Selain itu, anda juga boleh melawat ladang sayur tempatan di Kundasang untuk membeli sayur-sayuran segar terus dari petani. Ini adalah cara terbaik untuk mendapatkan sayur-sayuran yang segar dan berkualiti tinggi. Di sekitar Kundasang, terdapat beberapa ladang bunga tempatan yang menjual pelbagai jenis bunga yang cantik. Anda boleh membeli bunga-bunga ini sebagai hiasan atau untuk dijadikan hadiah.
Camping di Kundasang boleh memberikan anda pengalaman yang menarik kerana kawasan ini menawarkan pemandangan alam sekitar yang menakjubkan dan cuaca sejuk yang sesuai untuk perkhemahan. Terdapat beberapa tempat perkhemahan yang sesuai di Kundasang seperti Ladang Badrul, Perkhemahan Mesilau, dan Kampung Mesilou.
Aktiviti camping adalah cara yang baik untuk merasai keindahan alam semulajadi Sabah dan menjauhkan diri dari kehidupan harian. Pastikan anda menjaga alam sekitar, menghormati undang-undang tempatan, dan menikmati pengalaman perkhemahan yang menarik.
4. MELAWAT TEMPAT UNIK DI SEKITAR KUNDASANG
Sumber: https://www.viator.com/en-SG/tours/Kota-Kinabalu/Kinabalu-Park-Day-Tour/d4171-167323P2
Kundasang mempunyai banyak tarikan yang menarik dan unik. Antaranya ialah Desa Dairy Farm atau ladang tenusu yang terkenal di Sabah. Di ladang ini anda boleh menikmati pemandangan seakan-akan anda berada di New Zealand!
Tarikan lain sekitar Kundasang ilah Taman Kinabalu di mana anda boleh menjelajahi taman ini untuk melihat flora dan fauna yang unik, serta mendaki Gunung Kinabalu. Melawat ladang teh Sabah Tea juga adalah pengalaman yang menarik. Anda boleh melihat bagaimana teh dipetik dan diproses, sambil menikmati secawan teh yang segar.
Sumber: https://thepath11.blogspot.com/2017/10/ranau-sabah.html
Kundasang War Memorial adalah sebuah tempat bersejarah yang terletak di Kundasang, Sabah. Memorial ini didirikan untuk menghormati tentera dan warga tempatan yang terkorban dan memperingati peristiwa-peristiwa semasa Perang Dunia II.
Memorial Perang Kundasang menampilkan tiga menara putih yang melambangkan tentera British, Australia, dan Malaysia yang berjuang di kawasan ini semasa peperangan. Di sekitar tugu, anda akan menjumpai taman yang indah dan papan maklumat yang menceritakan sejarah tempat ini.
Memorial Perang Kundasang ini adalah tempat yang bermakna dan bersejarah yang layak untuk dilawati untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan pengorbanan dalam Perang Dunia II.
Sumber: http://www.cergasemulajadi.com/2018/07/tips-merancang-percutian-ke-sabah.html
Jika anda datang ke Kundasang, amatlah mustahil untuk pulang dengan tangan yang kosong. Singgahlah sebentar ke Pekan Nabalu untuk membeli cenderamata untuk orang yang tersayang dan juga sebagai kenangan percutian di Kundasang. Anda boleh mendapatkan barang-barang seperti topi, beg, dan sarung tangan yang dihasilkan secara tempatan dengan corak etnik yang cantik. Barang-barang hasil tangan ini adalah cenderamata yang unik. Anda juga boleh membeli produk pertanian seperti jem, madu, atau kerepek sebagai cenderamata.
Sumber: https://kayleysicombs.blogspot.com/2022/10/tempat-menarik-di-sabah-kundasang.html
Pekan Kundasang mempunyai banyak lokasi yang cantikbuntuk mengambil gambar dan merakam kenangan perjalanan anda. Dengan latar belakang Gunung Kinabalu, pasti ramai yang akan terpesona dengan gambar yang anda ambil.
Banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di Kundasang sama ada berseorangan atau bersama rakan-rakan dan keluarga. Kundasang sememangnya tempat yang terbaik untuk kita ‘healing’ dan melepaskan tekanan hidup.